b) TEKS DRAMA PILIHAN
SINOPSIS
Skrip
drama ‘Pengadilan’ mengisahkan tentang kes pembunuhan yang terjadi disebuah
perkampungan kecil. Bermula dengan tabuh yang berbunyi menandakan ada kematian
di kampung itu, Hitam yang merupakan seorang penggali kubur tergesa-gesa ke
rumah Pak Aji untuk memaklumkan bahawa ada kematian. Hitam mengatakan kepada
Pak Aji bahawa Ngah Deman telah mati dibunuh oleh suami Bibah. Namun tidak lama
kemudian datang pula Bidin yang merupakan salah seorang daripada penduduk
kampung. Bidin menyatakan bahawa dia melihat mayat suami Bibah dengan
berlumuran darah. Disamping itu, Bidin juga percaya bahawa Ngah Deman telah
membunuh suami Bibah kerana suami Bibah tidak mahu menceraikan Bibah.
Sebenarnya suami Bibah merupakan cina buta yang diupah oleh Ngah Deman untuk
mengahwini bekas isterinya iaitu Bibah. Disebabkan itu, Bidin percaya bahawa
Ngah Deman telah membunuh suami Bibah. Maka disini bermulalah berdebatan antara
Hitam dan Bidin yang masing-masing mempertahankan kenyataan mereka. Namun Pak
Aji sebagai orang yang lebih tua disitu mendengar perdebatan mereka sesekali
menenangkan Hitam dan Bidin. Semasa perdebatan yang disaksikan oleh Pak Aji berjalan,
datang pula Bibah. Bibah mengadu kepada Pak Aji bahawa Ngah Deman mati bunuh
diri dan Bibah menyalahkan dirinya kerana dia tidak mahu diceraikan oleh
suaminya. Kenyataan Bibah itu mengejutkan Pak Aji, Hitam dan Bidin. “Kita
sekarang bukan dalam keadaan pembunuhan sahaja tetapi pengadilan juga.” Itulah
kata-kata Pak Aji apabila dia sendiri mencari satu kebenaran tentang kes yang
diperdebatkan oleh Hitam, Bidin dan Bibah yang masing-masing mempunyai
kenyataan yang berlainan. Memikirkan hal itu, Pak Aji meminta ketiga-tiga
mereka menyiasat perkara sebenar dan selepas itu datang semula kerumah Pak Aji
namun jawapan mereka tetap sama seperti sebelum ini. Tidak lama kemudian datang
Ngah Deman dan masing-masing terkejut. Hitam pula terus rebah dan mati akibat
melihat Ngah Deman yang muncul secara tiba-tiba. Bibah pula menangis gembira
kerana Ngah Deman tidak mati manakala Bidin terus mendekati Ngah Deman dan mengatakan
Ngah Deman sebagai pembunuh. Namun perkara itu dibuktikan oleh Bibah bahawa
suaminya ada dirumah dan tidak mati. Maka satu kebenaran yang dapat disimpulkan
oleh Pak Aji ialah tidak pembunuhan dikampung mereka namun ada kematian iaitu
Hitam yang pada mulanya menggali kubur dan mengetuk tabuh untuk kematian Ngah
Deman bertukar kepada dirinya sendiri.
PENULIS
DAN LATAR BELAKANG
Skrip
drama ‘Pengadilan’ merupakan karya Abdul Rahman Hanafiah atau lebih dikenali
sebagai Mana Sikana. Beliau merupakan anak jati Bagan Serai berketurunan Banjar
yang dilahirkan pada 9 Oktober 1945. Mana Sikana telah mendapat pendidikan awal
di Sekolah Rendah Kebangsaan, Bukit Chandan, Kuala Kangsar pada tahun 1954
sehingga 1959. Selepas habis persekolahan beliau melanjutkan pengajian di
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sehingga ke peringkat Doktor Falsafah
(PHD). Sebelum menjadi pensyarah dibeberapa buah universiti terkemuka Mana Sikana
pernah menjadi seorang guru dibeberapa buah sekolah sekitar negeri Johor. Dalam
masa yang sama beliau tidak mengetepikan minat sebagai seorang penulis. Banyak
karya kreatif dan juga kertas kerja yang telah dihasilkan oleh beliau sehingga
telah dinobatkan sebagai Sasterawan Perak oleh Kerajaan Negeri di Dewan
Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan yang disempurnakan oleh Sultan Perak, Raja
Azlan Shah pada 23 Jun 2004.
TAHUN
DAN PENERBITAN
Skrip
drama ini telah diterbitkan pada tahun 1983 oleh penerbitan Sarjana, yang
terletak di Petaling Jaya. Namun pada tahun 1984, Mana Sikana telah
mengumpulkan skrip drama ‘Pengadilan’ bersama- sama dengan lima buah lagi skrip
drama Melayu yang ditulis oleh Shaharom Husain, Usman Awang, Abdul Talib Mohd
Hassan dan A. Shukor Harun dalam sebuah buku yang bertajuk ‘Keris Laksamana
Bentan.’ Buku ini telah diterbitkan oleh Fajar Bakti SDN BHD dan kandungan buku
ini telah disusun sendiri oleh Mana Sikana. Tujuan buku ‘Keris Laksama Bentan’
ini diterbitkan adalah untuk pembelajaran di sekolah. Oleh sebab itu, Mana
Sikana telah memilih skrip- skrip yang sesuai untuk tujuan tersebut.
c) ANALISIS TEKS
ANALISIS
WATAK DAN PERWATAKAN
Skrip
drama ‘Pengadilan’ ini terdapat lima watak yang telah diketengahkan oleh Mana
Sikana. Watak- watak tersebut terdiri daripada Pak Aji, Hitam, Bidin, Bibah dan
Ngah Deman. Berikut akan diterangkan perwatakan watak:
PAK
AJI
·
Lelaki yang
sudah berusia
·
Seorang yang
tenang
·
Tidak membuat
keputusan terburu-buru tanpa bukti yang sahih
·
Selalu bercakap
berpandukan Al- Quran dan hadis
HITAM
·
Merupakan bujang
terlajak di kampung itu
·
Berkulit gelap
·
Bekerja sebagai
penggali kubur
·
Menghormati
orang tua
·
Tidak sependapat
dengan Bidin dan selalu berdebat
·
Mengatakan Ngah
Deman mati dibunuh oleh suami Bibah
BIDIN
·
Pemuda di
kampung itu
·
Menghormati
orang tua
·
Berlagak kerana
percaya apa yang dikatakannya semua benar
·
Panas baran
·
Suka menyindir
Bidin kerana tidak sependapat dengannya
·
Mengatakan suami
Bibah telah membunuh Ngah Deman
BIBAH
·
Bekas isteri
Ngah Deman
·
Telah berkahwin
dan suaminya merupakan cina buta yang diupah oleh Ngah Deman
·
Tidak mahu
diceraikan oleh suaminya
·
Sering menangis
dan mengikutkan perasaan
·
Menghormati
orang tua
·
Menyatakan Ngah
Deman telah mati bunuh diri akibat kesalahannya
NGAH
DEMAN
·
Bekas suami
Bibah
·
Tinggal dihujung
kampung
·
Tidak suka
bergaul dengan masyarakat kampung
·
Suka menyendiri
·
Digambarkan
seorang yang tidak mempunyai perasaan
KESIMPULAN
Secara
keseluruhannya ‘Pengadilan ialah sebuah skrip yang beraliran realism dimana isi
kandungan tidak bersifat imaginasi dan bukan khayalan penulis. ‘Pengadilan’
juga boleh dikatakan sebagai sebuah drama mahkamah walaupun penulis tidak
melatarbelakangkan cerita dengan mahkamah tetapi situasi pengadilan tentang kes
pembunuhan dilihat sama.
MANFAAT
TEKS SKRIP INI TERHADAP PEMBACA
Skrip drama ‘Pengadilan’ memberikan banyak manfaat kepada pembacanya. Hal ini kerana, kandungan yang diketengahkan oleh penulis sarat dengan pembelajaran dan pengajaran. Selain itu penulis juga tidak lupa dalam menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah iaitu dengan menjadikan karya beliau sebagai wadah dalam mempertingkatkan ketakwaan dan keimanan kepada Allah S.W.T. Sifat- sifat yang baik yang digambarkan oleh watak Pak Aji harus dicontohi oleh setiap golongan iaitu tidak mengambil keputusan terburu- buru sehingga mendapat bukti yang sahih. Disini juga penulis menekankan bahawa setiap persoalan yang berlaku dalam masyarakat boleh diselesaikan dengan mudah jika kita sering mengaplikasikan Al- Quran dan hadis sebagai panduan dan pegangan hidup.
Skrip drama ‘Pengadilan’ memberikan banyak manfaat kepada pembacanya. Hal ini kerana, kandungan yang diketengahkan oleh penulis sarat dengan pembelajaran dan pengajaran. Selain itu penulis juga tidak lupa dalam menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah iaitu dengan menjadikan karya beliau sebagai wadah dalam mempertingkatkan ketakwaan dan keimanan kepada Allah S.W.T. Sifat- sifat yang baik yang digambarkan oleh watak Pak Aji harus dicontohi oleh setiap golongan iaitu tidak mengambil keputusan terburu- buru sehingga mendapat bukti yang sahih. Disini juga penulis menekankan bahawa setiap persoalan yang berlaku dalam masyarakat boleh diselesaikan dengan mudah jika kita sering mengaplikasikan Al- Quran dan hadis sebagai panduan dan pegangan hidup.
